Publiora

Menghubungkan ke Publiora...

Publiora

Perkhidmatan Kaunseling di Institusi Penjagaan Kesihatan: Isu dan Cabaran Kaunselor di Sarawak

Aren, MerikanGhani, Faizah AbdZainuddin, Zainal Abidin
Jurnal Konseling dan Pendidikan (Sinta 2)Vol. 0 No. 030 November 2017
DOI10.29210/121100

Abstrak

Perkhidmatan kaunseling di Malaysia tidak hanya bertapak di institusi pendidikan tetapi telah berkembang dengan pesat di pelbagai agensi kerajaan dan swasta mulai 1990an dengan tertubuhnya Unit Psikologi dan Kaunseling oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. Perkhidmatan kaunseling di institusi penjagaan kesihatan adalah bertujuan untuk membantu klien memahami dan berupaya menghadapi perasaan dan emosi berkaitan dengan masalah kesihatan di samping membantu klien untuk berkembang serta memberi sokongan yang berterusan sepanjang proses rawatan. Kajian kualitatif ini bertujuan untuk mengenal pasti isu dan cabaran yang dihadapi oleh para kaunselor dalam melaksanakan perkhidmatan kaunseling di institusi penjagaan kesihatan. Dapatan kajian mendapati enam tema utama isu dan cabaran yang dihadapi oleh kaunselor iaitu peranan kaunselor (24.6%), limitasi perkhidmatan (22.8%) kelayakan kaunselor (19.3%), aplikasi perkhidmatan kaunseling kesihatan (15.5%), cadangan penambahbaikan (14%) dan keperluan garis panduan (3.8%). Seterusnya, kajian ini juga membincangkan implikasi kajian terhadap peranan, latihan dan aplikasi kaunseling kesihatan di institusi penjagaan kesihatan.

Kata Kunci

kaunselorkaunseling kesihataninstitusi penjagaan kesihatan & isu dan cabaran

Cari jurnal yang tepat untuk naskah Anda

MatchMind AI mencocokkan abstrak naskah Anda dengan ribuan jurnal terakreditasi dan menampilkan rekomendasi terbaik beserta alasannya.

Coba MatchMind

Lihat profil lengkap jurnal ini

Waktu review, biaya APC, statistik sitasi, indeksasi Scopus, dan banyak lagi.

Buka Jurnal Konseling dan Pendidikan

Artikel ini juga tersedia di situs resmi jurnal.

Perkhidmatan Kaunseling di Institusi Penjagaan Kesihatan: Isu dan Cabaran Kaunselor di Sarawak | Jurnal Konseling dan Pendidikan | Publiora